Sebelum aku tulis lebih lanjut tentang subjek Twitter Client Terbaik ni, aku nak mulakan dulu dengan pengenalan ringkas tentang apa itu Twitter – bagi sesiapa yang masih belum tahu dan berminat nak tahu. FYI, Twitter memang best!
Twitter merupakan social networking dan microblogging yang membolehkan pengguna untuk hantar dan baca mesej yang dipanggil sebagai ‘tweet’. Tweet ialah text-based post iaitu pesanan ringkas (seperti menulis SMS) dan hanya menggunakan 140 character. Tweet akan dihantar kepada semua rangkaian yang telah dihubungkan (Follower). Twitter juga sama seperti blog, sesuai untuk kita update sesuatu terus ke internet dengan pantas, ringkas.
HootSuite – Twitter Client Terbaik
Hootsuite ialah Web-based Twitter Client. Tak perlu install apa-apa software, hanya buka website hootsuite.com dan log masuk untuk menggunakannya. Aku gunakan HootSuite untuk update status Twitter, status Facebook dan Facebook Page. HootSuite merupakan Twitter Client yang paling aku suka. Dah bermacam-macam jenis Twitter Client aku pernah guna seperti Tweetdeck, Seesmic, Echofon, MetroTwit, DestroyTwitter dan lain-lain. Tetapi HootSuite tetap menjadi pilihan sebab ianya mudah dan ada banyak fungsi yang menarik.
HootSuite menyediakan 2 plan untuk para pengguna iaitu plan percuma dan plan berbayar dengan harga $5.99 sebulan. Dengan plan berbayar, korang akan dapat unlimited account connections, unlimited stat history, Google Analytics integration, Facebook Insights integration, Unlimited RSS Feeds, dan lain-lain. (Lihat Hootsuite Plans)
Fungsi-Fungsi Asas Pada HootSuite
SOCIAL NETWORKS
HootSuite membenarkan integration dengan beberapa laman sosial seperti Twitter, Facebook, Facebook Page, LinkedIn, Ping.fm, WordPress, MySpace, Foursquare dan mixi. Setiap social networks yang telah diaktifkan akan diberi tab tersendiri untuk setiap akaun.
TWEET KE BEBERAPA AKAUN
Dengan hanya 1 tweet, korang boleh submit tweet tersebut ke akaun-akaun korang yang lain. Korang hanya perlu tulis ayat yang korang nak tweet, kemudian select akaun-akaun yang korang nak post tweet tu.
SCHEDULE TWEET
Korang boleh gunakan fungsi schedule tweet di HootSuite untuk hantar tweet pada masa dan tarikh tertentu. Contohnya, korang nak tweet “Happy Birthday” kepada awek atau pakwe korang. Tulis tweet tersebut di ruangan ‘Compose message’ dan kemudian setkan masa serta tarikh untuk tweet tersebut dihantar.
HOOTSUITE HOOTLET
HootSuite Hootlet fungsinya sama seperti Tweet Button dan Facebook Share. Aku paling suka fungsi Hootlet ni sebab memudahkan untuk share link atau sesuatu info dengan follower. Drag and drop Hootsuite Hootlet ke bookmark toolbar pada browser korang dan korang dah boleh gunakannya untuk tweet atau share apa saja tanpa perlu ke halaman Hootsuite.com. Pastikan login dulu.
Seandainya korang masuk ke sebuah blog yang mempunyai info menarik dan korang rasa nak share info tu dengan follower korang. Tapi blog tu tiada fungsi Facebook Share, Facebook Like ataupun Tweet Button. Dengan hanya menekan HootSuite Hootlet, satu tetingkap kecil HootSuite akan muncul. Lepas tu, korang boleh tweet dan share maklumat di blog tersebut ke akaun Twitter ataupun akaun Facebook korang dengan mudah. Tweet tersebut akan menggunakan ayat daripada ‘Title’ bagi halaman yang korang share tu.
HootSuite juga ada sediakan Hootlet dalam bentuk Add-ons untuk Firefox dan juga Extension untuk Google Chrome.
Download / Muat Turun :
Add-ons HootSuite Hootlet (Mozilla Firefox)
Extension HootSuite Hootlet (Google Chrome)
ANALYTICS / STATISTIK
Dengan Hootsuite juga korang boleh lihat statistik bagi tweet korang yang popular, berapa jumlah klik bagi link yang korang tweet menggunakan Hootsuite (ow.ly), top referrrer dan lain-lain. Interface bagi page statistik tu pun cantik macam Google Analytics.
AUTO TWEET (RSS FEED / ATOM)
Masukkan RSS Feed blog korang di bahagian setting RSS/Atom Hootsuite. Setiap kali korang update blog, Hootsuite akan auto tweet entri terbaru di blog korang. Korang juga diberi pilihan untuk hantar auto tweet tu ke Twitter, Facebook atau akaun-akaun yang lain, atau boleh juga hantar ke semua akaun sekaligus.
Ada banyak lagi fungsi menarik yang ada pada HootSuite. Penat aku nak senaraikan semua sekali. Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh cuba sendiri menggunakan Hootsuite.com. Terbaik!
Belum ada tanggapan untuk "HootSuite – Twitter Client Terbaik"
Post a Comment