Artistry Unleashed : TEDxWeldQuay2014

TEDxWeldQuay - Artistry Unleashed merupakan tema pada program itu, pada pertengahan bulan Ogos 2014 Komuniti Mozilla Malaysia telah dijemput oleh wakil TEDxWeldQuay untuk menaja program itu di Eastern & Orental Hotel, Pulau Pinang. Kami berasa bangga kerana telah diberi peluang kali kedua untuk menaja program ini, seiring dengan matlamat kami untuk berkongsi kepada umum.

Perjalanan kami bermula dari Bandar Warisan, Taiping Perak dan terus menuju ke Pulau Mutiara, Pulau Pinang mengambil masa 1 jam perjalanan untuk sampai ke tempat program itu dijalankan iaitu di Estern & Orental Hotel. Kami sampai pada pukul 1 tengah hari dan kedatangan kami telah dinantikan oleh wakil TEDxWeldQuay, Program ini berlangsung pada pukul 2 petang dan dihadiri dengan penceramah-penceramah yang hebat seperti Matt Brandon, Davina Goh, Venus Khor dan ramai lagi yang akan berkongsi pengalaman dan cerita mereka kepada masyarakat untuk dijadikan sumber inspirasi kepada semua.

Penceramah pertama untuk acara ini adalah seorang jurugambar professional iaitu Matt Brandon, beliau banyak berkongsi idea, pengalaman beliau selama beliau berkarya didalam dunia fotografi. Kemudian diikuti pula dengan penceramah seterusnya iaitu merupakan seorang pengacara, pelakon dan seorang penulis yang berbakat tinggi, Davina Goh. Beliau banyak meinspirasikan kehidupan beliau didalam bidang lakonan, dan pengalaman yang diceburi. Dia juga seorang yang mahir didalam seni mempertahankan diri. 

Venus Khor merupakan usahawan didalam dalam bidang pengurusan strategi. Beliau banyak berkongsikan pengalaman yang menarik minat kami untuk  membina sesuatu dan disumbangkan kepada masyarakat umum. Seiring dengan matlamat kami adalah untuk memperkenalkan Komuniti Mozilla Malaysia kepada masyarakat di Malaysia berkenaan dengan produk Mozilla seperti, Pelayar Web Mozilla, Sistem Operasi Firefox dan sebagainya.
Selepas itu, KG Krisnan yang merupakan seorang penulis dan jurugambar, beliau yang suka meneroka idea-idea yang seninya didalam konteks budaya kontemporari. Beliau juga berkongsikan kepada kami karya-karya beliau yang unik dan kreatif. Selain itu juga kami didatangi oleh seorang penceramah yang membawa kelainan dari segi penyampaian beliau, Daniel Chan yang merupakan seorang ahli musik dan telah berkarya seawal usianya 12 tahun. Beliau bercita-cita tinggi dalam memajukan muzik yang kreatif.

Program ini berakhir dengan jayanya, kami wakil dari Komuniti Mozilla Malaysia amat berterima kasih kepada pihak penganjur yang sudi memberi peluang kepada kami dalam menaja untuk program yang dianjurkan ini, justeru kami berharap dengan peluang yang telah diberi kepada kami dapat memberi inspirasi kepada semua penguna kami untuk mencapai impian kami dalam memperkenalkan lagi Komuniti Mozilla Malaysia dimata umum.
Pelbagai idea yang kami dapat dari program ini, ia membuat kami berfikir, apa yang belaku didalam hidup untuk dikongsi dan diceritakan kepada orang lain untuk dijadikan sebagai sumber inspirasi, seiring dengan objektif yang dibawa oleh Mozilla.

Arif Fahmi Fisal
Mozilla Reps (MS)
@Justryuz

Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Artistry Unleashed : TEDxWeldQuay2014"

Post a Comment