I-Hack+ 2012 Competition at UiTM


Assalamuilaikum Semua hye.... selamat berbuka... :)
macam mana hari ni puasa penuh tak ...heheheh ryuz hari ni makan nasi dengan ikan keli saja... biasa la.. hidup bujang... hurmmm :) biasa la.. lepas makan... hisap rokok, then dok depan komputer... itu la rutin hari-hari ryuz.. rabak mata T-T

sedang jalan-jalan kat facebook Ryuz ada lihat 1 Competition kat facebook nice.. juga..cuba korang tengok screenshot kat bawah ni


tentang I-Hack+ 2012 ni ialah

"Hacking For Security" https://twitter.com/ihack2012
Mission
●Menyediakan platform kepada pakar-pakar dalam keselamatan
komputer dari dalam dan luar negara berkumpul dan bertukar-tukar pendapat bagi mencari penyelesaian meningkatkan lagi keselamatan komputer.

●Memberi pendedahan kepada masyarakat Malaysia khususnya kepada pelajar institusi pengajian tinggi terhadap jenayah siber yang semakin berleluasa.

●Mempertingkatkan lagi penyelidikan dalam sistem keselamatan komputer disamping mempelajari dan berkongsi sedikit sebanyak tentang sistem keselamatan komputer dari dalam dan luar negara

Company Overview

●Pusat Penyelidikan Keselamatan Maklumat dan Rangkaian DAN Pusat Pengajian Teknologi Komputer dan Perangkaian
Fakulti Sains Komputer dan Matematik
Universiti Teknologi MARA

Dengan kerjasama :
● Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK)
● Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM)
● 1Machine Group
● SCAN Associates
● Cybersecurity Malaysia
● Nets Society

Selain itu ada banyak program yang disediakan
Merangkumi program-program seperti berikut:
●Pertandingan 12-Jam Menggodam dan Melindungi Komputer (12-Hours Hacking and Defence Competition)
●Pertandingan 12-Jam Forensik Komputer (12-Hours Computer Forensic Competition)
●Pertandingan Merekabentuk (12-Hours Design Competition)
●Pertandingan Keselamatan Mudah-alih (12-Hours Mobile Security Competition)
●Bengkel “Penetration Testing and Analysis”
●Bengkel “Ethical Hacking for Beginners”
●Bengkel “Uncovery Hidden Evidence”
●Makan Malam “Homecoming Alumni CS225”

nice kan... bagi IT lover boleh la join game ni... :)
untuk maklumat lanjut boleh layari Fan Page I-Hack+ 2012 Competition

#Insyallah Ryuz akan turun juga.. tapi just sebagai supporter + jurugambar :) hehhehe jumpa disana k assalamuilaikum dan selamat menjalani ibadah puasa :)

Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "I-Hack+ 2012 Competition at UiTM"

Post a Comment