Flash Player Protected Mode Untuk Firefox


Assalamuilaikum...dan selamat pagi :) puasa tak ni :3

Pagi tadi lepas sahur Ryu buka...blog nak cari topik yang best-best untuk entri pagi ini...tapi..problem dengan plugin container firefox <-- kata adnan shukor la.. :)
pastu Ryu cuba buka facebook still problem yang sama... cer korang usaha pic bawah ni


mungkin korang akan labelkan ini problem besar, biasala.. kita tak ada ijazah dalam dunia komputer ni :P
problem, crash  shutdown terus hahahha...tapi Ryu tak buat macam tu.. biarkan je... lagipon bukan Ryu punya laptop :P
Ok bebalik pada isu tajuk Flash Player Protected Mode Untuk Firefox
Ryu ada dapat refer pada bro Adnan


Petikan dari blog Mozilla Malaysia ( entri by Adnan Shukor)

Adobe telah melancarkan Flash Player Protected Mode untuk Mozilla Firefox di atas platform Microsoft Windows. Protected Mode ini diimplementasi bagi membolehkan Flash Player berjalan pada proses berintegriti rendah dengan beberapa kekangan tambahan yang menghalang process tersebut dari mengakses beberapa sumber sensitif.
Dengan integrasi ini, pelayar Firefox akan mengaktifkan plugin-container dan kemudian dari situ, proses Flash Player akan dilancarkan bukan sahaja dengan proses berasingan, malah pada proses berintegriti rendah bagi menyukarkan proses eksploitasi, dan mengurangkan impak sekiranya serangan berjaya dilakukan.



Buat masa ini, Flash Player Protected Mode ini hanya berfungsi sepenuhnya di atas sistem operasi Microsoft Windows Vista ke atas, dan tidak di Microsoft Windows XP dan sebelumnya. Namun yang demikian, pengguna Microsoft Windows XP (dan sebelumnya) masih mendapat manfaat “auto update” yang turut disertakan dalam versi yang sama.

Rujukan:
  • http://blogs.adobe.com/asset/2012/06/inside-flash-player-protected-mode-for-firefox.html
  • https://twitter.com/cBekrar/status/212527893694263297
Info:
http://mozilla.my/flash-player-protected-mode-untuk-firefox/
https://www.facebook.com/justryuz/posts/310900145672468?notif_t=feed_comment 


#Note
*but yang tak best Mozilla ni asyik crash je.... demmit \m/

 

Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Flash Player Protected Mode Untuk Firefox"

Post a Comment